Cerita pasal sekolah...lagi 3 hari akan bermula persekolahan bagi tahun 2010 dan itu bermakna saya akan melangkah ke tahun 5.
Dan untuk pengetahuan semua saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kluang Barat. Alhamdulillah saya masih ditempatkan di kelas yang pertama,5 jujur.....
Ramai juga dikalangan kawan2 saya yang diturunkan kelas,...mungkin markah mereka menurun maka cikgu terpaksa turunkan kelas dan bagi mereka2 yang markahnya tinggi dinaikkan ke kelas saya....nampaknya saya akan mempunyai kawan2 yang baru dari kelas yang berlainan.
Ohya...pada tahun 2010 nie saya dah dilantik sebagai pegawas perpustakaan...hehehe
suka sangat2 sebab dari dulu lagi saya memang idamkan jawatan ini...Alhamdulillah nampaknya tahun ini saya berhasil mendapat jawatan ini....Cikgu bagitau kalau markah menurun jawatan akan dilucutkan...alamak!!!...nampaknya saya kena lebihkan usaha supaya markah saya sentiasa 'maintain' atau lebih tinggi supaya kekal jawatan saya.
Sememangnya saya digelar 'ulat buku' oleh ibu....dan selayaknya saya memegang jawatan ini....he he he...
Dan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada sesiapa yang bersekolah...
HIDUP INI SATU PERJUANGAN DAN BAGI MERIALISASIKAN APA YANG DI CITA-CITAKAN TERUSKAN PERJUANGAN HINGGA TERLAKSANA SEMUA YANG DIHARAPKAN.....
Khamis, 31 Disember 2009
Selamat Tahun Baru!!!...
Sabtu, 19 Disember 2009
Jumaat, 11 Disember 2009
=>cItA-cItAkU?<=
~BaB SaTu~
"Ibu,ayah!"jerit Aisyah apabila pulang ke rumah sehingga terlupa
hendak memberi salam.Ibunya Puan Aminah,terus menjenguk ke
ruang tamu."Ibu,tengok!"jerit Aisyah lagi sambil melayangkan sehelai
kertas kepada Puan Aminah.Kasutnya terus dicampakkan ke tepi.
Puan Aminah terus menuju ke ruang tamu bagi mendapatkan anaknya.
Dia tahu pasti itu keputusan UPSRnya kerana hari ini ialah hari keputusan
keluar.Aisyah memberi keputusannya itu kepada Puan Aminah.Puan
Aminah melihat keputusan itu lalu mengucapkan "Alhamdulillah..."
tanda bersyukur kepada Tuhan.Patutlah Aisyah terlalu gembira...
Rupa-rupanya dia mendapat 5A dalam UPSR.
"Ibu,ayah mana?"tanya Aisyah kerana dari tadi tidak melihat kelibat
ayahnya kerana ibu dan ayahnya bercuti hari ini."Ayah kamu pergi klinik "
jawab Puan Aminah membuatkan Aisyah terkejut."Ayah sakit ke bu?"tanya Aisyah lagi."Taklah, Amran yang demam".Kemudian Puan Aminah terus ke dapur untuk
tengok gulainya."Ibu masak apa hari ini?"soal Aisyah yang dari tadi perutnya
berbunyi minta diisi dengan makanan."Hari ini kita makan lauk gulai dan ayam
goreng madu!"terang Puan Aminah."Wah,Sedapnya lauk hari ini!"jerit Aisyah.
"Assalammualaikum..."tiba-tiba satu suara memberi salam membuatkan
Puan Aminah dan Aisyah terkejut."Waalaikumsalam"jawab mereka serentak.
Kelihatan Encik Amirul dan Amran di muka pintu."Macam mana teruk tak
demamnya?"tanya Puan Aminah."Taklah teruk sangat..."jawab Encik Amirul
mewakili Amran."Ha...Kamu pula macam mana?"tanya Encik Amirul sambil
memandang tepat arah Aisyah lalu menghempaskan badannya ke sofa.
"Macam mana apa yah?"tanya Aisyah pula kebingungan."Keputusan kamu
la...Macam mana?"jawab Encik Amirul.Ooo...Itu rupanya yang dimaksudkan
Encik Amirul."Ok je..."jawab Aisyah tanpa ragu-ragu dan takut."Ok macam
mana cepatlah cakap"marah Encik Amirul yang sudah tidak sabar-sabar
mahu tahu berapa keputusan anaknya itu.
"Saya dapat 5A!"jawab Aisyah lalu ketawa bangga."Sudahlah mari makan
sudah sejuk lauk ini"ajak Puan Aminah kerana sudah lama membiarkan lauk
itu.Amran pun sudah hendak tertidur di depan televisyen."Kejutkan adik kamu
itu"suruh Puan Aminah kepada Aisyah."Amran,bangun!"jerit Aisyah yang
sememangnya tidak suka mengejutkan orang."Pelan-pelan sikit kejut adik
kamu itu"pinta Puan Aminah.
"Ibu masak apa hari ini?"tanya Amran sebaik sahaja duduk di meja makan.
"Hari ini ibu masak makanan kegemaran Amran!"jawab Puan Aminah."Ayam goreng ke?"
"Ya..."jawab Puan Aminah."Jom makan!!!"Aisyah yang tadi hanya memerhati ayam goreng itu,tiba-tiba bersuara."Janganlah menjerit!"marah Amran apabila kakaknya tiba2 menjerit.Puan Aminah dan Encik Amirul yang duduk di situ hanya ketawa kecil melihat gelagat dua beradik itu."Sudahlah jangan bergaduh lagi..."arah Puan Aminah meleraikan pergaduhan itu.
Selepas makan mereka duduk bersantai di ruang tamu."Kamu mahu hadiah apa?"
tanya Encik Amirul sambil menghempaskan badannya ke sofa."Saya nak telefon bimbit,
boleh?"jawab Aisyah lalu tergelak besar.Puan Aminah dan Amran hanya melihat sahaja.
"Erm...nanti ayah fikir dulu.Tapi kalau nak kena belajar rajin2"jawab Encik Amirul sambil memikirkan sesuatu."Faham tu!"sampuk Amran."Sudah pergilah
tidur"arah Puan Aminah apabila melihat anak-anaknya sudah berapa kali menguap.Mereka
terpaksa mengalah,kerana terlalu mengantuk.Akhirnya,mereka lena diulit mimpi yang
indah.

Langgan:
Catatan (Atom)