Khamis, 11 Februari 2010

SuKaN TaHuNaN...

Hari ini hari Khamis,11/2/2010 bersamaan 27 safar 1431.Sekolah saya ada sukan tahunan.Rumah sukan yang masuk terdiri daripada Wira(hijau),Putra(kuning), Satria(merah)dan Waja(biru).Unit beruniform terdiri daripada Puteri Islam,Pengakap,BSSM,Tunas Puteri dan Kadet Remaja.Saya Puteri Islam dan rumah Wira.Tapi saya masuk pebarisan Puteri Islam.Hehehehee...Dan ada juga acara lumba lari,200 meter,100 meter dan mcm2 lagi.Ada juga sukaneka untuk tahap satu.Tapi saya tak masuk pun acara tu sebab saya ni tak aktif langsung pada sukan.Dan ada petunjukan Tekwando.Huh,Penatnya...Dah la panas pastu kena berjemur tengah panas lak tu.Tapi penat penat pun dapat la johan kan.Tapi yang paling seronok cikgu kata boleh wakil sekolah.Tapi lepas pebarisan kena kehulur kehilir pergi hantar makanan kepada cikgu-cikgu.Pastu cikgu pulak nak marah-marah sebab bagi lambat.Cikgu tak tahu kitorang ni penat pergi sana-sini.Ayat cikgu sama aje "Kenapa lambat cikgu dah lapar ni" dalam hati ade la jugak geram tapi sabar je...Sabar jelah.Sabar tu kan separuh daripada iman jadi kenalah sabar...Ramai jugak ibubapa yang datang.Tapi ibu saya tak datang...Saya tak suruh sebab nanti saya tahu jawapan dia sama je "Malaslah ibu,buat ape nak pergi sekolah kau.Tak dapat ape2 pun dapat penat ade la"itu la jawapan yang sering didengar oleh telinga ini.Wira dapat johan.Putra naib johan.Waja tiga dan Satria akhir.Kesian Satria sebab tahun lepas Waja yang akhir.Wira memang selalu dapat johan.Wira dah dapat 2 piala.Satu piala merentas desa lagi satu piala sukantara. Hehehe...Saya pun turut berasa bangga.Hahahahaha...