Rabu, 24 November 2010

RaYe KoRbAn...huhu

Assalamualaikum smua...
Da lame x update blog kan...sibok sngt dngn fb 2...huhu..Erm..skrang nk citer psal raye korban lak..hihi..Mase raye ari 2 korang blik kmpong x??? msti la sronok kn!!!huhu
Hari 2 ade la amik sdikit gamba kat kmpong..Lyan ah pic yg x seberape cntek ni...huhu
Lynzzz....



huhu..poyozz



huhu..





jom mkn jajan!!!


ngan sepupu..giler...

K la ni je gamba yg ade..huhu..Bye!!!

Khamis, 11 Februari 2010

SuKaN TaHuNaN...

Hari ini hari Khamis,11/2/2010 bersamaan 27 safar 1431.Sekolah saya ada sukan tahunan.Rumah sukan yang masuk terdiri daripada Wira(hijau),Putra(kuning), Satria(merah)dan Waja(biru).Unit beruniform terdiri daripada Puteri Islam,Pengakap,BSSM,Tunas Puteri dan Kadet Remaja.Saya Puteri Islam dan rumah Wira.Tapi saya masuk pebarisan Puteri Islam.Hehehehee...Dan ada juga acara lumba lari,200 meter,100 meter dan mcm2 lagi.Ada juga sukaneka untuk tahap satu.Tapi saya tak masuk pun acara tu sebab saya ni tak aktif langsung pada sukan.Dan ada petunjukan Tekwando.Huh,Penatnya...Dah la panas pastu kena berjemur tengah panas lak tu.Tapi penat penat pun dapat la johan kan.Tapi yang paling seronok cikgu kata boleh wakil sekolah.Tapi lepas pebarisan kena kehulur kehilir pergi hantar makanan kepada cikgu-cikgu.Pastu cikgu pulak nak marah-marah sebab bagi lambat.Cikgu tak tahu kitorang ni penat pergi sana-sini.Ayat cikgu sama aje "Kenapa lambat cikgu dah lapar ni" dalam hati ade la jugak geram tapi sabar je...Sabar jelah.Sabar tu kan separuh daripada iman jadi kenalah sabar...Ramai jugak ibubapa yang datang.Tapi ibu saya tak datang...Saya tak suruh sebab nanti saya tahu jawapan dia sama je "Malaslah ibu,buat ape nak pergi sekolah kau.Tak dapat ape2 pun dapat penat ade la"itu la jawapan yang sering didengar oleh telinga ini.Wira dapat johan.Putra naib johan.Waja tiga dan Satria akhir.Kesian Satria sebab tahun lepas Waja yang akhir.Wira memang selalu dapat johan.Wira dah dapat 2 piala.Satu piala merentas desa lagi satu piala sukantara. Hehehe...Saya pun turut berasa bangga.Hahahahaha...

Jumaat, 1 Januari 2010

X Sabar Nak ke Sekolah...

MyEm0.ComHai...he he he...
Saje je nak buat N3 ni sebenarnya....(takde kerja).Sebenarnya saya tak sabar nak ke sekolah...MyEm0.ComLagi 2 hari je nak mula sekolah.Saya dah buat azam baru nak belajar betul2 supaya nanti bila UPSR dapat 5A.Saya nak dapat 5A dan saya nak tumpukan perhatian bila cikgu mengajar.Apa yang tak sabar sebenarnya nak jumpa kawan2.he he he...Tapi tak sabar jugak nak mulakan azam baru.MyEm0.ComTapi nanti mesti jarang uptade blog ni.Takpe la nanti kalau cuti boleh la sekali-sekala update...ha ha ha...(Boleh apa asalkan bukan hari sekolah)Walaupun tahun ni saya tahun 5 tapi...kena jugak belajar utk tahun 6 hadapan...Betul tak?(betulx3)Kakak saya yang sulung tu tahun ni 16 tahun.Yang kedua 13 tahun.Pelajar menengah baru...he he he...Adik saya 5 tahun.Tapi nanti saya dapat adik lagi(Yeah!!!)bestnya...Ibu saya mengandung.MyEm0.Com(Eh dah lari tajuk la pulak...)Oklah saya pun x tau nak tulis ape lagi.Buku pun belum kemas lagi...MyEm0.ComEsok lah kemas buku...he he he...Mesti budak2 yang lain pun x sabarkan nak ke sekolah...he he he...Mestilahkan...Sebenarnya walaupun tak semua barang baru tak bermakna kite tak boleh sekolahkan...Saya pun tak semua barang baru...Tapi tetap nak sekolahkan...(Cewah!!!)he he he...Oklah sampai sini jelah...Bye...MyEm0.Com

Khamis, 31 Disember 2009

SeKoLaH...

Cerita pasal sekolah...lagi 3 hari akan bermula persekolahan bagi tahun 2010 dan itu bermakna saya akan melangkah ke tahun 5.
Dan untuk pengetahuan semua saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kluang Barat. Alhamdulillah saya masih ditempatkan di kelas yang pertama,5 jujur.....
Ramai juga dikalangan kawan2 saya yang diturunkan kelas,...mungkin markah mereka menurun maka cikgu terpaksa turunkan kelas dan bagi mereka2 yang markahnya tinggi dinaikkan ke kelas saya....nampaknya saya akan mempunyai kawan2 yang baru dari kelas yang berlainan.MyEm0.Com
Ohya...pada tahun 2010 nie saya dah dilantik sebagai pegawas perpustakaan...hehehe
suka sangat2 sebab dari dulu lagi saya memang idamkan jawatan ini...Alhamdulillah nampaknya tahun ini saya berhasil mendapat jawatan ini....Cikgu bagitau kalau markah menurun jawatan akan dilucutkan...alamak!!!...MyEm0.Comnampaknya saya kena lebihkan usaha supaya markah saya sentiasa 'maintain' atau lebih tinggi supaya kekal jawatan saya.MyEm0.Com
Sememangnya saya digelar 'ulat buku' oleh ibu....dan selayaknya saya memegang jawatan ini....he he he...MyEm0.Com
Dan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada sesiapa yang bersekolah...

Selamat Tahun Baru!!!...


Assalamualaikum...
Apa khabar?Saya sihat...MyEm0.Com
Korang sihat?
SELAMAT TAHUN BARU saya
ucapkan kepada semua...MyEm0.Com
Ermm...Saya tak tahu nak cakap apa
cuma nak ucap tu je...
Ok lah sampai sini je lah...
Bye...Jumpa lagi...MyEm0.Com

Sabtu, 19 Disember 2009

MaRi Menyambut Muharram!!!!!!



Scraps123


SeLaMaT MeNyAmBuT AwAl MuHaRrAm



Scraps123


P/s:MaaF Terlambat(Hehehe..)

Jumaat, 11 Disember 2009

=>cItA-cItAkU?<=

~BaB SaTu~

"Ibu,ayah!"jerit Aisyah apabila pulang ke rumah sehingga terlupa
hendak memberi salam.Ibunya Puan Aminah,terus menjenguk ke
ruang tamu."Ibu,tengok!"jerit Aisyah lagi sambil melayangkan sehelai
kertas kepada Puan Aminah.Kasutnya terus dicampakkan ke tepi.
Puan Aminah terus menuju ke ruang tamu bagi mendapatkan anaknya.
Dia tahu pasti itu keputusan UPSRnya kerana hari ini ialah hari keputusan
keluar.Aisyah memberi keputusannya itu kepada Puan Aminah.Puan
Aminah melihat keputusan itu lalu mengucapkan "Alhamdulillah..."
tanda bersyukur kepada Tuhan.Patutlah Aisyah terlalu gembira...
Rupa-rupanya dia mendapat 5A dalam UPSR.

"Ibu,ayah mana?"tanya Aisyah kerana dari tadi tidak melihat kelibat
ayahnya kerana ibu dan ayahnya bercuti hari ini."Ayah kamu pergi klinik "
jawab Puan Aminah membuatkan Aisyah terkejut."Ayah sakit ke bu?"tanya Aisyah lagi."Taklah, Amran yang demam".Kemudian Puan Aminah terus ke dapur untuk
tengok gulainya."Ibu masak apa hari ini?"soal Aisyah yang dari tadi perutnya
berbunyi minta diisi dengan makanan."Hari ini kita makan lauk gulai dan ayam
goreng madu!"terang Puan Aminah."Wah,Sedapnya lauk hari ini!"jerit Aisyah.

"Assalammualaikum..."tiba-tiba satu suara memberi salam membuatkan
Puan Aminah dan Aisyah terkejut."Waalaikumsalam"jawab mereka serentak.
Kelihatan Encik Amirul dan Amran di muka pintu."Macam mana teruk tak
demamnya?"tanya Puan Aminah."Taklah teruk sangat..."jawab Encik Amirul
mewakili Amran."Ha...Kamu pula macam mana?"tanya Encik Amirul sambil
memandang tepat arah Aisyah lalu menghempaskan badannya ke sofa.
"Macam mana apa yah?"tanya Aisyah pula kebingungan."Keputusan kamu
la...Macam mana?"jawab Encik Amirul.Ooo...Itu rupanya yang dimaksudkan
Encik Amirul."Ok je..."jawab Aisyah tanpa ragu-ragu dan takut."Ok macam
mana cepatlah cakap"marah Encik Amirul yang sudah tidak sabar-sabar
mahu tahu berapa keputusan anaknya itu.

"Saya dapat 5A!"jawab Aisyah lalu ketawa bangga."Sudahlah mari makan
sudah sejuk lauk ini"ajak Puan Aminah kerana sudah lama membiarkan lauk
itu.Amran pun sudah hendak tertidur di depan televisyen."Kejutkan adik kamu
itu"suruh Puan Aminah kepada Aisyah."Amran,bangun!"jerit Aisyah yang
sememangnya tidak suka mengejutkan orang."Pelan-pelan sikit kejut adik
kamu itu"pinta Puan Aminah.

"Ibu masak apa hari ini?"tanya Amran sebaik sahaja duduk di meja makan.
"Hari ini ibu masak makanan kegemaran Amran!"jawab Puan Aminah."Ayam goreng ke?"
"Ya..."jawab Puan Aminah."Jom makan!!!"Aisyah yang tadi hanya memerhati ayam goreng itu,tiba-tiba bersuara."Janganlah menjerit!"marah Amran apabila kakaknya tiba2 menjerit.Puan Aminah dan Encik Amirul yang duduk di situ hanya ketawa kecil melihat gelagat dua beradik itu."Sudahlah jangan bergaduh lagi..."arah Puan Aminah meleraikan pergaduhan itu.

Selepas makan mereka duduk bersantai di ruang tamu."Kamu mahu hadiah apa?"
tanya Encik Amirul sambil menghempaskan badannya ke sofa."Saya nak telefon bimbit,
boleh?"jawab Aisyah lalu tergelak besar.Puan Aminah dan Amran hanya melihat sahaja.
"Erm...nanti ayah fikir dulu.Tapi kalau nak kena belajar rajin2"jawab Encik Amirul sambil memikirkan sesuatu."Faham tu!"sampuk Amran."Sudah pergilah
tidur"arah Puan Aminah apabila melihat anak-anaknya sudah berapa kali menguap.Mereka
terpaksa mengalah,kerana terlalu mengantuk.Akhirnya,mereka lena diulit mimpi yang
indah.